Wednesday, April 06, 2011

Setiap Hamba Allah Pasti Akan Lalui DUGAAN BESAR Ini....

Terlebih dahulu I nak kirimkan Al Fatihah buat Hj Zainal bapa kepada Muzafar Shah @ "Muz Iena" & takziah kepada Muz sekeluarga di atas pemergian ayahanda tersayang yang telah lama terlantar sakit.... Walaupun dugaan ini amat besar namun I yakin Mus Iena sangat tabah memandangkan dia telah banyak berkorban menjaga arwah sepanjang arwah sakit..Pengorbaan seperti ini TIDAK semua anak-anak mampu buat sanggup ambil cuti tanpa gaji, meluangkan masa untuk arwah, mengejar masa antara ayah & isteri... memamg tanggungjawab anak lelaki menjaga ibu bapa mereka TETAPI TIDAK semua mampu laksanakan tanggungjawab suci tu..Alhamdulillah mus mempunyai seorang isteri yang sangat memahami & bersama-sama memikul tanggungjawab itu. Giliran I tak tahu lagi..dugaan macamana yg akan I dapat I tak tahu lagi & I sendiri tak tahu samada I mampu atau tidak untuk menanggungnya..begitu juga iskandar...kami berdoa agar Allah memberi kekuatan seperti mana Allah memberikan kekuatan itu kepada Mus & Iena.

Sepanjang arwah sakit tidak sekalipun I & Iskandar berpeluang pergi melawat sememangnya terasa kesal kerana terlalu sebuk menguruskan urusan sendiri sehingga terlupa melawat arwah sedangkan muz da pernah beritahu...Ikhlas Adib & Isz mohon maaf atas kesalahan itu....Iskandar selepas menerima berita pemergian arwah, kebetulan sedang menjalani kursus terus call me and cried without any words....He want to be there but he cant!!!! He want to call U muz but he cant...

Lastime jumpa arwah sewaktu i pregnantkan Adam 6 year ago masa tu arwah sihat lagi & kami dapat makan bersama di Banting...Sebelum ini pernah ikut Isz ke banting melawat keluarga Muz & pernah makan di sana..lauk yg paling I ingat & sgt suka makan kat sana ialah sayur suhun dgn petola yg mak mus masak sedap sangat...time raya kek mak mus memang tak akan I lepaskan untuk makan hehehe... Insya Allah after this we all takkan ulang kesilapan lama ada masa I akan cuba luangkan untuk menjenguk mak mus ye...

Semoga arwah akan diingati sampai bila-bila di atas kebaikannya & Arwah akan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman...Arwah sangat baik & sepanjang isz belajar di UiTM shah alam dengan mus dgn arwah lah isz menumpang syg sekiranya rindukan keluarganya di JB...Jasa arwah menjaga isz, takkan dilupakan sampai bila-bila... hanya doa yang mampu kami berikan sebagai tanda sayang & terima kasih atas setiap jasa & kasihnya pada isz....



1 comment:

  1. Terima kasih buat Adib dan Is... Kerana masih ingat akan arwah walaupun tak berkesempatan untuk menjengok... Masing2 ada hal masing2... Yang penting saya akan meneruskan hidup, memang terasa akan kehilangannye kerana arwah sentiasa memberikan yang terbaik untuk anak2nye...

    Thanks atas entry ini walaupun berlinang air mata ini membacanye... :(

    ReplyDelete